Awal Muharram sesuatu yang bermakna...

~Awal Muharram~
Awal Muharram atau kini lebih dikenali sebagai Ma'al Hijrah merupakan suatu hari yang amat penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah agama mulia kita, Islam.
Pertama, peristiwa dimana kita hendaklah memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah Al- Mukarramah ke Kota Madinah Al- Munawwarah pada tahun 622 masihi.
Peristiwa yang kedua yang menjadikan Awal Muharram hari yang amat penting bagi umat Islam kerana ia merupakan hari keagamaan di mana seluruh umat Islam akan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri dan negara.
Awal Muharram atau Ma'al Hijrah merupakan hari cuti umum bagi negara Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam seluruhnya.

0 respon: